e-ISSN 2231-8534
ISSN 0128-7702
Vijayaletchumy Subramaniam, Pavitira Nagaraju, Dahlia Janan dan Mohamed Thariq Hameed Sultan
Pertanika Journal of Social Science and Humanities, Volume 34, Issue 2, April 2026
DOI: https://doi.org/10.47836/pjssh.34.2.04
Keywords: Kesalahan bahasa, imbuhan, maksud perkataan, murid penutur bukan jati, penentuan golongan kata
Published on: 2026-04-30
Golongan kata seperti Kata Nama (KN), Kata Kerja (KK), dan Kata Adjektif (KA) merupakan komponen penting dalam pembentukan ayat, namun masih menjadi cabaran bagi murid bukan penutur jati bahasa Melayu. Kajian ini meneliti tahap penguasaan dan jenis kesalahan murid sekolah jenis kebangsaan (Tamil) dalam menentukan golongan kata berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Bahasa (Corder, 1973). Data daripada 134 murid cemerlang Tahun 6 di dua buah SJK(T) dianalisis menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif, melibatkan ujian bertulis tentang golongan kata. Hasil kajian menunjukkan bahawa kelemahan ketara dalam kalangan murid, di mana 50% masih belum mencapai tahap minimum, manakala 11.9% hanya mencapai tahap minimum. Terdapat empat jenis kesalahan utama yang dikenal pasti, iaitu pemilihan imbuhan yang salah, penambahan atau pengguguran huruf selepas menerima imbuhan, serta penyusunan imbuhan KK dan KN yang salah. Kesalahan baharu turut ditemukan, iaitu pengabaian unsur penting semasa menentukan golongan kata. Implikasi kajian ini mencadangkan penambahan kemahiran baharu dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk membantu murid menguasai penggolongan kata dengan lebih baik. Kesalahan ini perlu diatasi untuk memastikan bahawa murid dapat membina ayat yang gramatis serta memudahkan pembelajaran tatabahasa yang lebih kompleks.
ISSN 0128-7702
e-ISSN 2231-8534
Recent Articles