PERTANIKA JOURNAL OF SOCIAL SCIENCES AND HUMANITIES

 

e-ISSN 2231-8534
ISSN 0128-7702

Home / Regular Issue / JSSH Vol. 34 (3) Jun. 2026 / JSSH-9475-2025

 

Analisis Rasuah Dalam Perolehan di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Pendekatan Kajian Pelbagai Kes Menggunakan Teori Fraud Diamond

Nor Azreen Zulkafli dan Azeem Fazwan Ahmad Farouk

Pertanika Journal of Social Science and Humanities, Volume 34, Issue 3, June 2026

DOI: https://doi.org/10.47836/pjssh.34.3.02

Keywords: Analisis tematik, institusi pengajian tinggi awam, perolehan, rasuah, teori Fraud Diamond

Published on: 2026-06-12

Kajian ini meneliti faktor-faktor berlakunya rasuah dalam perolehan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia dengan menggunakan Teori Fraud Diamond (FDT) sebagai kerangka konseptual. Objektif kajian ini adalah untuk memahami bagaimana elemen dalam FDT (tekanan, peluang, rasionalisasi dan keupayaan) saling berinteraksi dalam mendorong perlakuan rasuah dalam konteks perolehan sektor pendidikan tinggi awam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes, melibatkan empat dokumen siasatan sebenar yang diperoleh daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Proses analisis data melibatkan pengekodan terbuka, pembinaan buku kod, dan pemetaan tema berasaskan empat elemen FDT. Dapatan menunjukkan bahawa elemen peluang dan keupayaan merupakan faktor paling dominan, terutamanya disebabkan kelemahan kawalan dalam, ketiadaan pemantauan, kemahiran teknikal dan akses kepada maklumat perolehan. Sementara itu, elemen tekanan dan rasionalisasi muncul secara berbeza mengikut konteks individu. Kajian ini mengemukakan cadangan intervensi berasaskan FDT seperti pengasingan tugas, audit dalaman berkala, latihan nilai integriti dan pemantauan gaya hidup. Sumbangan utama kajian ialah penerapan empirikal FDT dalam konteks IPTA yang masih kurang diterokai. Kajian ini juga mencadangkan integrasinya dengan teori lain bagi memahami dimensi struktur dan budaya organisasi yang turut mempengaruhi tingkah laku rasuah. Namun, keterbatasan melibatkan skop IPTA dan penggunaan data sekunder harus diatasi dalam penyelidikan masa hadapan melalui pendekatan campuran dan peluasan konteks institusi.

ISSN 0128-7702

e-ISSN 2231-8534

Article ID

JSSH-9475-2025

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles