e-ISSN 2231-8534
ISSN 0128-7702
Helen Mu Hung Ting and Nor’Ain Adam Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Lingkungan Johan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
Pertanika Journal of Social Science and Humanities, Volume 33, Issue 6, December 2025
DOI: https://doi.org/10.47836/jssh.33.6.22
Keywords: Agenda Perbandaran Baharu, indikator perbandaran, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), program pembasmian kemiskinan bandar (PPKB), tadbir urus bandar
Published on: 2025-12-30
Artikel ini mengkaji proses penjalanan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk memahami paradoks tentang sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan rekod prestasi perkhidmatan yang cemerlang, namun menunjukkan keterbatasan dalam usahanya untuk membanteras kemiskinan di kawasannya. Seterusnya, implikasinya terhadap tadbir urus bandar (urban governance) dan perhubungan persekutuan-tempatan dibincang. Metod kualitatif digunapakai, iaitu temubual mendalam dan berstruktur, pemerhatian, serta analisis dokumen rasmi. Proses pelaksanaan PPKB dikaji mengikut kerangka konseptual yang meneliti tiga tahap penjalanan program, iaitu pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Kajian mendapati bahawa MBPJ membangunkan PPKB sebagai tindakan susulan daripada perkenalan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan proses pelaksanaan PPKB diwarnai oleh skop penilaian prestasi yang tertera dalam kerangka SPB-PBT. Oleh itu, tumpuan penilaian dalaman tidak membincang tentang keberkesanan program dari segi pemerkasaan mata pencarian dan peningkatan kualiti kehidupan peserta PPKB secara mampan. Justeru, skop penilaian dan skema permarkahan yang ditetapkan dalam SPB-PBT berjaya memberi panduan kepada PBT tentang keutamaan yang perlu diusahakan oleh mereka, namun juga menjadi punca keterbatasan implementasi PPKB oleh MBPJ. Usaha ketara MBPJ untuk memenuhi keperluan warga miskin di kawasannya adalah terpuji, namun usaha ini bertujuan untuk memenuhi syarat indikator SPB-PBT dan bukan berdasarkan misi untuk menghapuskan kemiskinan bandar secara mampan.
ISSN 0128-7702
e-ISSN 2231-8534
Recent Articles