e-ISSN 2231-8534
ISSN 0128-7702
Vijayaletchumy Subramaniam, Pavitra Vasuthevan, dan Dahlia Janan
Pertanika Journal of Social Science and Humanities, Pre-Press
DOI: https://doi.org/10.47836/jssh.34.1.05
Keywords: Aplikasi mudah alih, gamifikasi, imbuhan kata kerja, model air terjun, pemprosesan maklumat, pro kata kerja, SJK(T)
Published: 2026-01-28
Penguasaan kata kerja terbitan dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T) masih berada pada tahap yang membimbangkan, khususnya melibatkan imbuhan kata kerja awalan meN- dan alomorfnya. Murid sering melakukan kesalahan dalam pembentukan kata kerja terbitan disebabkan pengaruh bahasa ibunda, kurangnya bahan bantu pengajaran yang bersifat digital serta pengajaran yang bersifat konvensional. Justeru kajian ini, dijalankan untuk mengenal pasti keperluan dan seterusnya membangunkan aplikasi mudah alih “Pro Kata Kerja” yang berasaskan pembelajaran interaktif. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dan kualitatif melalui kaedah ujian bertulis, soal selidik terhadap guru bahasa Melayu dan pemerhatian secara pelibatan. Seramai 100 orang murid Tahun 5 daripada SJK(T) Ladang Kinrara telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini disokong oleh Teori Analisis Kesalahan Bahasa oleh Corder (1973) yang menjelaskan bahawa kesalahan bahasa merupakan petunjuk penting dalam memahami proses pembelajaran bahasa kedua. Pembangunan aplikasi pembelajaran berpandukan Model Air Terjun (Royce, 1970) dan disokong oleh Teori Kognitif Pemprosesan Maklumat (Atkinson & Shiffrin, 1968). Dapatan menunjukkan bahawa terdapat keperluan mendesak terhadap bahan bantu pembelajaran yang lebih interaktif, kontekstual dan sesuai dengan generasi Alpha. Aplikasi ini dibangunkan dengan ciri gamifikasi, latihan berdasarkan jenis imbuhan kata kerja, maklum balas serta-merta dan antara muka mesra pengguna. Dapatan kajian membuktikan bahawa pendekatan digital mampu meningkatkan penguasaan tatabahasa secara lebih sistematik dan menarik.
ISSN 0128-7702
e-ISSN 2231-8534
Share this article
Recent Articles