e-ISSN 2231-8534
ISSN 0128-7702
Nur Iziatul Athirah M Daud, Rosnah Sutan, dan Zaleha Md Isa
Pertanika Journal of Social Science and Humanities, Pre-Press
DOI: https://doi.org/10.47836/jssh.34.1.04
Keywords: Belia, domain, intervensi, jurang, kesihatan mental
Published: 2026-01-28
Belia adalah aset negara yang berpotensi meningkatkan ekonomi melalui pencapaian akademik dan kemahiran kerjaya. Mendepani abad ke-21 mencabar belia dari aspek kehidupan, ekonomi dan kerjaya yang memberi impak kepada tahap kesihatan umum terutamanya kesihatan mental. Masalah kesihatan mental ini terus meningkat pada tahap membimbangkan walaupun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan. Kajian sistematik ini menggunakan pangkalan data literatur elektronik PubMed dan Scopus dengan carian mulai 1 Jan 2018 hingga 31 Dec 2024 dengan menggunakan PRISMA-ScR berdasarkan populasi belia di kolej dan universiti (P), penggunaan aplikasi digital (I), isu atau jurang intervensi kesihatan mental sedia ada sebagai konteks (C), dan keberhasilan intervensi berdasarkan domain sebagai output (O). Artikel dipilih berdasarkan kriteria: jurnal penuh dapat diakses, dalam bahasa Inggeris atau Melayu serta semakan kepada kajian primer berfokuskan jurang kandungan; pendekatan dan pengukuran domain penjagaan kendiri melalui intervensi aplikasi digital. Lapan artikel memenuhi kriteria semakan kualiti. Terdapat tiga artikel dari Malaysia; satu dari Singapura; satu dari Kanada; satu dari Afrika Selatan dan dua dari Amerika Syarikat. Satu artikel menggunakan kaedah campuran, empat percubaan terkawal rawak, satu kuasi-eksperimen dan dua kaedah kuantitatif. Kekurangan sokongan daripada ahli keluarga, dan masyarakat setempat, kurang ketersediaan sokongan lingkungan untuk belia, masalah kehidupan serta tekanan kepada pencapaian akademik dan peluang kerjaya yang kurang memuaskan merupakan antara pengukuran domain jurang keberhasilan yang dikenalpasti.
ISSN 0128-7702
e-ISSN 2231-8534
Share this article
Recent Articles